Soalan Lazim

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Industri Asas Tani (IAT)?

Industri yang menambah nilai bahan mentah berasaskan pertanian makanan dan bukan makanan melalui aktiviti pemprosesan menjadi produk yang boleh dipasarkan.

2. Apakah objektif utama pembangunan Industri Asas Tani?

1. Meningkatkan pendapatan usahawan, petani, penternak dan nelayan.
2. Membangun dan mengembangkan aktiviti pemprosesan atau nilai tambah produk agro-makanan.
3. Memperkukuhkan kualiti produk bagi menembusi pasaran dan rangkaian global.

3. Apakah pendekatan yang diambil untuk membangunkan Industri Asas Tani?

1. Meningkatkan pendapatan melalui Program Mempelbagai dan Menambah Pendapatan Petani, Penternak dan Nelayan.
2. Melahirkan usahawan-usahawan IAT yang baru dan dinaik taraf melalui projek-projek khusus Kementerian/Jabatan.
3. Membangunkan usahawan IAT melalui Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI)

4. Apakah program bagi membangunkan Industri Asas Tani?

1. Latihan pembangunan usahawan dan teknikal (Modal Insan).
2. Peningkatan infrastruktur dan peralatan.
3. Pensijilan dan kualiti.
4. Penjenamaan.
5. Penyelidikan dan pembangunan produk.
6. Pembiayaan.
7. Pemasaran dan promosi.

5. Apakah jenis aktiviti dan Agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Program Latihan Pembangunan Usahawan dan Teknikal?

1. Kursus Teknikal Pemprosesan – MARDI, Jbt Pertanian, Jbt Perikanan, FAMA, LPP, KADA, LPNM.
2. Bengkel Persijilan (GMP, Halal & HACCP) – MARDI
3. Pengurusan Perniagaan Kecil (Kewangan, Pemasaran, Pengluaran & Personel) – FAMA, BPM
4. Demonstrasi/Kursus Pemprosesan Produk – Jbt Pertanian, Jbt Perikanan, MARDI
5. Demonstrasi Penggunaan Mesin – Jbt Pertanian, Jbt Perikanan, MARDI
6. Inkubator/Pusat Bimbingan Usahawan/Skim Anak Angkat – Jbt Pertanian, Jbt Perikanan, MARDI, LPNM

6. Apakah jenis aktiviti dan Agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan peningkatan Infrastruktur dan Peralatan?

1. Penyediaan Peralatan/Mesin – Jbt Pertanian, Jbt Perikanan, Jbt Perkhidmatan Haiwan
2. Rekabentuk/Susunan Premis – MARDI
3. Penyediaan Infrastruktur Pemasaran – FAMA
4. Menaik taraf Bengkel/Premis – Jbt Pertanian, Jbt Perikanan, Jbt Perkhidmatan Haiwan
5. Penyediaan Ruang Pasaran Tetap Output Peruncitan – FAMA

7. Apakah jenis aktiviti dan Agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Program Penyelidikan dan Pembangunan Produk?

1. Khidmat Sokongan dan Pembangunan Teknologi Pemprosesan (jangka hayat, kualiti produk, teknologi pemprosesan produk baru dan analisan produk) – MARDI
2. Rekabentuk Mesin Pemprosesan – MARDI
3. Pembangunan, Uji lari dan Susun Atur Sistem Pengeluaran Baru – MARDI
4. Inovasi dan Komersilisasi Teknologi – MARDI

8. Apakah jenis aktiviti dan Agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Program Persijilan dan Kualiti?

1. Bengkel GHP, GMP, VHM, Halal dan HACCP – Jbt Pertanian, Jbt Perikanan, Jbt Perkhidmatan Haiwan, MARDI
2. Khidmat Nasihat Perundingan dan Galakan ke arah GHP, GMP, VHM, Halal dan HACCP – Jbt Pertanian, Jbt Perikanan, Jbt Perkhidmatan Haiwan, MARDI
3. Pemantauan Premis – Jbt Pertanian, Jbt Perikanan, Jbt Perkhidmatan Haiwan, MARDI

9. Apakah jenis aktiviti dan Agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Program Penjenamaan?

1. Pengurusan Program Vendor dan Sokongan Jenama – FAMA
2. Reka Bentuk Jenama dan Pembungkusan – FAMA, MARDI

10. Apakah jenis aktiviti dan Agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Program Promosi dan Pemasaran?

1. Pusat Persediaan, Pembungkusan dan Pelabelan Produk – FAMA
2. Pameran Perdagangan produk IAT Dalam dan Luar Negara – FAMA
3. Pemadanan Perniagaan – FAMA iv. Penerokaan Ruang Pasaran (Dalam & Luar Negara) – FAMA
4. Khidmat Pemasaran – FAMA
5. E-dagang (agri-bazaar, SDVI dan sebagainya) – Jbt Pertanian, FAMA

11. Apakah jenis aktiviti dan Agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Pembiayaan?

1. Skim-skim Pinjaman di bawah BPM (maksimum RM 5 juta) – BPM
2. Geran Maksimum RM20,000 Program Menambahkan Pendapatan PPN – Jbt Pertanian, Jbt Perikanan, Jbt Perkhidmatan Haiwan

The business plan may not have a dogmatic structure, but it should be streamlined to https://writemyessay4me.org/ contain all the points mentioned below.
'