Bahagian Pembangunan Projek Khas

Sejarah Bahagian Pembangunan Projek Khas

Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) asalnya dikenali dengan Program Pembangunan Wang Ehsan (PPWE). Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2001 dimana pada peringkat awal program ini melibatkan semua Jabatan/Agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia meliputi semua daerah dalam Negeri Terengganu. Bermula tahun 2004, peruntukan DKKP yang diterima adalah untuk dua Daerah sahaja iaitu Daerah Besut dan Daerah Setiu, manakala lain-lain Jabatan/Agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia memperolehi peruntukan terus dari Kementerian.

Peruntukan yang disalurkan melibatkan 3 komponen utama iaitu :

1- Pembangunan Pertanian di Kawasan Jelapang dan Luar Jelapang.

2- Pembangunan Infrastruktur Pertanian di Kawasan Jelapang dan Luar Jelapang.

3- Pembangunan Industri Asas Tani.

 

Pada peringkat awalnya IADA KETARA menjalankan program-program melibatkan skop seperti berikut :

1- Perataan Sawah dan Pembelian Input Pertanian.

2- Kejenteraan Ladang.

3- Tanaman Sayur/Tanaman Kontan.

4- Peningkatan Infrastruktur dan Kemudahan Asas Pertanian Daerah Setiu.

5- Skim Pengairan Besut.

 

Sementara itu bermula tahun 2005, KETARA telah memohon dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi perluaskan skop perlaksanaan. Bahagian Pembangunan Projek Khas, KETARA bertindak sebagai penyelaras peruntukan dan pemantauan projek, manakala pelaksanaan program dijalankan oleh Komponen/Bahagian di KETARA iaitu Bahagian Pertanian, Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian, Bahagian Kejenteraan Ladang, Bahagian Industri Asas Tani (IAT), Bahagian Pembangunan Tani dan Bahagian Kemudahan Asas. Program ternakan lembu dan kambing dikendalikan bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Daerah Besut, JPV Daerah Setiu dan sokongan teknikal dari JPV Negeri Terengganu.

Peruntukan DKKP 2005 telah diluluskan dengan perluasan skop meliputi aktiviti berikut :

1- Kejenteraan Ladang

2- Pemulihan Dusun Buah-buahan

3- Tanaman Sayur/Tanaman Kontan

4- Tanaman Kelapa

5- Penyatuan Tanah Sawah

6- Pembangunan Pertanian Besut

7- Pembangunan Pertanian Setiu

8- Pembangunan Ternakan

9- Pembanguan Industri Asas Tani

10-Sistem Maklumat

11-Peningkatan Minda dan Penerokaan Teknologi.

 

Sehingga tahun 2008, sebahagian besar dari program yang dirancang telah dilaksanakan mengikut skop yang dibenarkan dan telah menggunakan lebih kurang 83.0% peruntukan yang disalurkan. Sehingga kini tiada lagi peruntukan tambahan yang diterima.

They are always interested in this section because they always want to be sure https://writemypaper4me.org/ that they are putting their money in a good investment
'