Penuaian Hasil Padi di bawah Projek NKEA Musim 2/2014 (EPP 11) IADA KETARA 0

Posted on 29, April 2015

in Category Berita & Peristiwa


Penuaian Hasil Padi di bawah Projek NKEA Musim 2/2014 (EPP 11) IADA KETARA/berita peristiwa Pada 12hb April 2014,bertempat di Kampung Gerong/Batang Gergaji (KPA STA) telah disempurnakan oleh YB.Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (Exco) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani,Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Program ini bagi memberikan pengiktirafan kepada petani-petani yang telah menyertai projek NKEA dibawah Pengurusan Syarikat Peneraju (Anchor Company) secara pengurusan berpusat (Koperasi Petani Ketara,Besut Berhad,syarikat 10 tan teamwork sdn.bhd.,Petubuhan Peladang Kawasan(PPK) Gerai,dan PPK Kerandang). Sebanyak 2000 hektar sawah sehingga musim 2/2014 telah dicapai dalam program ini. Seramai 200 orang pegawai dan penduduk kampung bersama sama menyertai majlis gotong royong memasak dalam acara tersebut. Empangan Paya Peda telah diluluskan dan peruntukan kosnya yang menelan belanja sebanyak Rm348 juta didalam RMKe 7. Kajian telah dijalankan pada tahun 1995 oleh perunding ACE-JPZ dan rekabentuknya telah direka pada tahun 2008.  Pada tahun 2010 pembinaan Empangan Paya Peda telah bermula yang berkeluasan 7,500 hektar (75 Km persegi), manakala luas takungan air nya pula adalah 2,100 hektar (21 Km pesegi) dengan kapasiti sebanyak 200 juta meter padu (MCM).

Pada 13hb April 2014, satu sesi perbincangan dan perjumpaan diantara petani yang terlibat dengan pengairan Paya Peda iaitu kpa yang berada di bawah Kompatmen 2, IADA KETARA. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh wakil pengarah IADA KETARA mengenai kesan takungan air (Dam Impounding) kepada penanam padi di kawasan KETARA disampaikan oleh En.Zulkefly bin Harun dan taklimat mengenai GST pula telah disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) cawangan Negeri Terengganu.

The chart types https://domyhomework.guru it offers include bar charts, lines, pie charts, venn diagrams, scatter plots, and radar charts.

0 Comments

'