Majlis Taklimat Hasil Kajian Bahan Kimia Berbahaya Dikalangan Pesawah Padi di Terengganu 0

Posted on 29, April 2015

in Category Berita & Peristiwa


Majlis Taklimat Hasil Kajian Bahan Kimia Berbahaya Dikalangan Pesawah Padi di Terengganu/berita peristiwa

Jabatan Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan negeri Terengganu bersama sama IADA KETARA telah menganjurkan satu majlis taklimat berkenaan keselamatan kepada pesawah pesawah padi yang telah diadakan pada 08hb April 2014 bertempat di Perkarangan pejabat IADA KETARA.Majlis telah dihadiri seramai kurang lebih 70 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan petani (peserta projek petak model dan ketua ketua tani KPA). Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dimana peserta dapat mempelajari kaedah dan penambahbaikan sistem kerja dan melaksanakan cadangan yang dikemukakan dalam kajian tersebut. Majlis yang bermula pada jam 08.00 pagi dengan pendaftaran peserta dan telah di rasmikan oleh wakil pengarah IADA KETARA dan sesi taklimat di sampaikan oleh pegawai dari pejabat keselamatan dan kesihatan pekerjaan negeri Terengganu . majlis ini telah berakhir pada jam 05.00 petang. Pameran mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan juga turut diadakan pada majlis tersebut.

Werden durch eckige klammern deutlich gemacht informationszentrum fr bachelorarbeit muster fremdsprachenforschung, vol 1 seqq.

0 Comments

'